Gambar 2
Gambar 1
Assalamualaikum.InsyaAllah pada hari ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk membuat dokumen yang baru.Untuk membuka dokumen baru,sila klik pada File dan pilih Open ataupun CTRL + n (win).Kemudian ia akan keluarkan sebuah kotak seperti di Gambar 1.
Fungsi bagi setiap huruf yang saya labelkan.
A = Anda mempunyai kebebasan samada mahu menamakan dokumen anda ataupun tidak.
B =Anda boleh memilih pelbagai jenis doumen yang ditetapkan seperti International paper,Web atau
custom.Kebiasaannya,saya lebih suka memilih custom kerana di sini kita boleh tetapkan berape saiz
dokumen yang kita mahukan.
C =Anda boleh memilih saiz apa yang anda mahu.Jika memilih Custom.Size untuk dokumen tidak akan
berfungsi.
D E =Anda boleh memilih panjang dan lebar bagi dokumen anda.
F =Ini yang sangat penting.Resolusi biasanya bermaksud jumlah titik (atau pixel) per inci. Saya sarankan supaya anda tidak sesekali mengubah resolusi bagi dokumen anda.Resolusi standard yang digunakan cuma 72.Lebih besar anda tetapkan resolusi,lebih besar saiz Dokumen anda.
G =Menetapkan mod warna dokumen anda.Kebiasaannya kita hanya menggunakan RGB (red,green and blue).
H =anda boleh memilih warna asas bagi dokumen anda samada hendak menetapkannya menjadi warna putih,warna bagi background anda ataupun tiada warna(transparent)
I =Menentukan unit bagi saiz bagi dokumen anda samada cm,inches,pixels,mm,points,picas atau columns.
Menyimpan dokumen anda.
Pilih destinasi mana yang anda inginkan.Selepas itu,sila namakan dokumen anda.Kemudian, sila pilih format apakah yang anda mahu.Dan klik SAVE.
Mudah kan?Baiklah..cukupla dulu setakat ini yang boleh saya coretkan untuk anda.So,sila jadi followers di YoeMarZ supaya mudah untuk anda ikuti tutorial yang akan datang.Stay tuned with the more info with YoeMarZ.Assalamualaikum dan Have A Nice dAy!=)
0 comments:
Post a Comment