YoeMarZ

aekkk...aku rase macam x bezla..sepatutnye..blog ini diurus oley 3 org jejaka..tetapi..hanye aku sorang je yg update post..haishh..mane YOEMARZ?x kanla aku je yg semngt..herm...xpela..THIS BLOG REST 4 A WHILE.

Flyer untuk kejohanan futsal da complete..layanzzz..Design by YoeMarZ!

YoeMarZ Wallpaper!




Alhamdulillah..akhirnya wallpaper YoeMarZ siap jugak.Ini adalah wallpaper pertama YoeMarZ.InsyaAllah akan ada wallpaper yang kedua untuk YoeMarZ.=)

Apakah yang perlu anda lakukan apabila semua File anda HILANG??

Assalamualaikum dan Hai!huhu..Pada hari ini saya bukan nak buat tutorial untuk photoshop tetapi untuk mengajukan satu soalan kepada sidang pembaca sekalian.
Soalannya ialah APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN APABILA PC ANDA TERPAKSA DIFORMAT KERANA DISERANG VIRUS DAN MENYEBABKAN SEMUA FILE DAN DOKUMEN ANDA HILANG???
Jawapannya sangat mudah.Sangat mustahil untuk anda mengembalikan semua file anda yang telah hilang.Memang ada perisian yan boleh mengembalikan file yang telah didelete atau hilang.Tetapi tidak akan kembali secare keseluruhan.Mungkin 90% daripada file yang telah didelete berjaya dikembalikan.Tetapi 10% lagi mungkin telah dijangkiti virus atau sebagainya.


So,Cara-Cara untuk memastikan semua dokumen anda sentiasa selamat adalah dengan:

1)Membeli portable hard disk
Portable Hard Disk sangat berguna untuk anda.Selain daripada boleh memuatkan banyak file,portable hard disk juga boleh menyelamatkan semua dokumen di dalam PC/laptop anda walaupun PC/laptop anda musnak dalam kebakaran.

2)Membeli pendrive
Jika anda tidak mampu untuk membeli portable hard disk.Anda juga boleh menyimpan semua dokumen anda di dalam pendri anda.Saya sarankan supaya anda membeli pendrive yang berkapasiti besar untuk memuatkan dokumen yang banyak.

3)Burn CD/DVD
Ini adalah alternatif lain untuk menyelamatkan dokumen anda.Kita boleh menyalin semua dokumen ke dalam CD/DVD dengan menggunakan software seperti Nero atau Roxio.Akan tetapi,anda perlulah menjaganya dengan baik supaya CD/DVD yang telah diburn berada dalam keadaan baik.Ini adalah sebab CD/DVD mudah rosak apabila tidak dijaga dengan cermat.

Baiklah..setakat ini sahajalah yang boleh saya coretkan untuk pembaca sekalian.Semoga anda dapat mengambil input-input penting tentang apa yang saya terangkan di atas.Sekian,Teima kasih.Have a Nice Day!=)

Pelajaran 2 - Membuat Dokumen Baru dan Menyimpan Dokumen

Gambar 2

Gambar 1



Assalamualaikum.InsyaAllah pada hari ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk membuat dokumen yang baru.Untuk membuka dokumen baru,sila klik pada File dan pilih Open ataupun CTRL + n (win).Kemudian ia akan keluarkan sebuah kotak seperti di Gambar 1.

Fungsi bagi setiap huruf yang saya labelkan.

A = Anda mempunyai kebebasan samada mahu menamakan dokumen anda ataupun tidak.


B =Anda boleh memilih pelbagai jenis doumen yang ditetapkan seperti International paper,Web atau

custom.Kebiasaannya,saya lebih suka memilih custom kerana di sini kita boleh tetapkan berape saiz

dokumen yang kita mahukan.


C =Anda boleh memilih saiz apa yang anda mahu.Jika memilih Custom.Size untuk dokumen tidak akan

berfungsi.


D E =Anda boleh memilih panjang dan lebar bagi dokumen anda.


F =Ini yang sangat penting.Resolusi biasanya bermaksud jumlah titik (atau pixel) per inci. Saya sarankan supaya anda tidak sesekali mengubah resolusi bagi dokumen anda.Resolusi standard yang digunakan cuma 72.Lebih besar anda tetapkan resolusi,lebih besar saiz Dokumen anda.


G =Menetapkan mod warna dokumen anda.Kebiasaannya kita hanya menggunakan RGB (red,green and blue).


H =anda boleh memilih warna asas bagi dokumen anda samada hendak menetapkannya menjadi warna putih,warna bagi background anda ataupun tiada warna(transparent)


I =Menentukan unit bagi saiz bagi dokumen anda samada cm,inches,pixels,mm,points,picas atau columns.



Menyimpan dokumen anda.

Caranya sangat mudah.Sila pergi ke File dan klik pada Save As dan akan keluar paparan seperti Gambar 2.

Pilih destinasi mana yang anda inginkan.Selepas itu,sila namakan dokumen anda.Kemudian, sila pilih format apakah yang anda mahu.Dan klik SAVE.



Mudah kan?Baiklah..cukupla dulu setakat ini yang boleh saya coretkan untuk anda.So,sila jadi followers di YoeMarZ supaya mudah untuk anda ikuti tutorial yang akan datang.Stay tuned with the more info with YoeMarZ.Assalamualaikum dan Have A Nice dAy!=)





Pelajaran 1-Mengenali Interface photoshop CS4


Assalamualaikum dan Hai.Hari ini saya akan mengajar Basic Photoshop.Ok.Jom kite kenal dulu dengan Interface Photoshop CS4.InsyaAllah pada akhir tutorial ini,anda akan mula faham sedikit-sebanyak tentang apakah yang dimaksudkan dengan inteface photoshop ini.Jom kita mulakan.

Menu Bar- Perkare ini mungkin sudah menjadi kebiasaan anda apabila membuka sesuatu software.

Begitu juga dengan Photoshop CS4.Di sini,terdapat pelbagai jenis alat-alat Photoshop yang

pasti membuat anda memukau.

Tool Box- Secare umumnya,Tool Box berada di sebelah kiri tetingkap Photoshop anda.Di sini,anda boleh

pelbagai jenis alat untuk menambah baikan gambar/keja seni yang anda lakukan.

Status- Seperti yang anda lihat,anda boleh membaca saiz bagi sebuah gambar anda.

Dokumen yang dibuka- Anda boleh membuka pelbagai jenis format gambar.Tapi sy syorkan anda hanya

perlu membuka gambar yang berformat JPEG sahaja.Ini adalah sebab,anda boleh

mengedit gambar yang berformat JPEG dengan senang tanpa perlu mengubah

setting yang ada.Di sini juga,saya ingin memberi satu tips/shortcut untuk membuka

dokumen gambar dengan mudah hanya dengan menekan Ctrl + O (win) atau

Ctrl (Command pada Mac).Kemudian anda pilihla dokumen gambar yang

dikehendaki dan klik open.

Ok.setakat inilah dulu yang dapat saya coretkan untuk anda semua.Semoga apa yang saya ceritakan di atas sedikit sebanyak akan membuat anda faham.Saya sengaja tidak mahu menulis panjang lebar kerana saya yakin anda mungkin tidak akan faham.Jadi..nantikan tutorial yang baru..Stay tuned with the more info with YoeMarz!Assalamualaikum.=)




Pengenalan kepada Dunia Photoshop

Assalamualaikum..Hari ini aku taknak post lagi Tutorial 4 Photoshop..Tapi aku nak ajak korang berkenalan dahulu dengan Photoshop..huhu..mungkin ada antara kalian sume STILL blurr dengan photoshop ini..InsyaAllah..mungkin selepas korang bace post ini..korang akan berase bersemangat untuk mendekati DUNIA GRAFIK ini..Sebenarnya..dengan menggunakan Photoshop ini..korang boleh buat ape-ape sahaja..

Contohnya:

Design baju

Design COOL wallpaper

Design poster

Edit gambar secare professional selain daripada menggunakan Picnik or papejela perisian kat luar sana

Manipulations art(mungkin ade dikalangan anda masih BLURR dengan ape sebenarnya manipulation ini,takpe..selepas ini..InsyaAllah akan ada pengenalan untuk seni manipulations ni)

Typography

N banyak lagila..huhu

N korang juga boley buat duit taw dengan menggunakan Photoshop ni taw..Aku ade sorang pak sedare aku tu yang kire pandai la dalam photoshop ni..dia buat bisnes edit gambar orang kawen..boley buat duit wokk!Ramai kawan-kawannya suh dia pegi kat event kawen n snap gambar kawen n edit n FULUs pun masyukk...huhu…Aku x kelentong korang la.!.Mmg ramai da berjaya dengan menggunakan photoshop ni..huhu..

Ha…Sebelum terlupa..Korang mesti MINAT la dengan Grafik ni..kalau korang x minat..X mungkin korang boley EXPERT dalam photoshop ni..percayela cakap aku..aku x tipu..xkan korang x penah dengar..’kalau nak berjaya,kite mesti belajar bersungguh-sungguh’???kah3..muak da aku bile dengar ayat nie..huhu..n sesape yang ade cite-cite nak jadi Grafik Designer..xkanla korang nak tunggu masuk Universiti dulu baru ‘bukak buku photoshop’??..x cool la orang kate..huhu..korang mesti belaja dari kecik..n nanti bile da masuk Universiti..maybe korang da taw sedikit sebanyak tentang Dunia Photoshop ni..huhu..Cite-cite aku pun nak jadi Grafik Designer..Aku nak bukak Studio sendiri kat Terengganu ni..huhu..ok..aku rase setakat nie la dulu coretan aku..huhu…InsyaAllah aku akan buat ‘Fungsi untuk Photoshop TOOLs’ dalam mase terdekat ini..so..Stay tuned with the more info with YoeMarZ...TQ for read!Sesungguhnya membace itu menambahkan ILMU...=)

Related Posts with Thumbnails