Assalamualaikum dan Hai!huhu..Pada hari ini saya bukan nak buat tutorial untuk photoshop tetapi untuk mengajukan satu soalan kepada sidang pembaca sekalian.
Soalannya ialah APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN APABILA PC ANDA TERPAKSA DIFORMAT KERANA DISERANG VIRUS DAN MENYEBABKAN SEMUA FILE DAN DOKUMEN ANDA HILANG???
Jawapannya sangat mudah.Sangat mustahil untuk anda mengembalikan semua file anda yang telah hilang.Memang ada perisian yan boleh mengembalikan file yang telah didelete atau hilang.Tetapi tidak akan kembali secare keseluruhan.Mungkin 90% daripada file yang telah didelete berjaya dikembalikan.Tetapi 10% lagi mungkin telah dijangkiti virus atau sebagainya.
So,Cara-Cara untuk memastikan semua dokumen anda sentiasa selamat adalah dengan:
1)Membeli portable hard disk
Portable Hard Disk sangat berguna untuk anda.Selain daripada boleh memuatkan banyak file,portable hard disk juga boleh menyelamatkan semua dokumen di dalam PC/laptop anda walaupun PC/laptop anda musnak dalam kebakaran.
2)Membeli pendrive
Jika anda tidak mampu untuk membeli portable hard disk.Anda juga boleh menyimpan semua dokumen anda di dalam pendri anda.Saya sarankan supaya anda membeli pendrive yang berkapasiti besar untuk memuatkan dokumen yang banyak.
3)Burn CD/DVD
Ini adalah alternatif lain untuk menyelamatkan dokumen anda.Kita boleh menyalin semua dokumen ke dalam CD/DVD dengan menggunakan software seperti Nero atau Roxio.Akan tetapi,anda perlulah menjaganya dengan baik supaya CD/DVD yang telah diburn berada dalam keadaan baik.Ini adalah sebab CD/DVD mudah rosak apabila tidak dijaga dengan cermat.
Baiklah..setakat ini sahajalah yang boleh saya coretkan untuk pembaca sekalian.Semoga anda dapat mengambil input-input penting tentang apa yang saya terangkan di atas.Sekian,Teima kasih.Have a Nice Day!=)
0 comments:
Post a Comment